Wednesday, September 9, 2009
kek buah: masalah dan cara mengatasinya
Thursday, September 3, 2009
Wednesday, September 2, 2009
cheese cake chef razak
Nak kan recipe untuk hari raya ni....
910 gm Krim cheese,(Suhu Bilik)
3/4 cup Gula Halus
2 tblsp Tepung Jagung
4 biji Telur Gred A
2 tsp Esen Vanilla
3 tblsp Jus Lemon
55 gm Biskut Marie
Hancurkan biskut dan kedapkan dalam Loyang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Satukan krim cheese, gula dan pukul hingga kembang, sementara adunan itu dipukul masukkan sedikit demi sedikit jus lemon dan esen vanilla.
Kemudian masukan telur sebiji dan pukul hingga kembang dan masukkan hingga seterusnya.
Setelah adunan itu kembang, masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
Tuang dalam Loyang pembakar dan tuang disekitar Loyang berkenaan air panas didih dan bakar sehingga bahagian atas kek berkenaan itu berwarna keperang-perangan.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit
Tuesday, August 18, 2009
tips on how to bake cake nicely
Friday, July 31, 2009
Dari Dapur hingga ke Mulut
Setiap Individu memerlukan pembaharuan baik dari segi pembangunan maupun pencapaian. Untuk mencapai sesuatu pembangunan yang mantap idea dan cetusan minda, seseorang individu hanya akan menyumbang sebanyak 7% sahaja. Tetapi jika di gabungkan dengan berpasukan, maka ianya akan menjadi lebih mantap dan dapat memberi sumbangan lebih dari 70% dari apa yang dihajati. Perkara sebegini telah dilakukan oleh pelbagai agensi-agensi dan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti BOEING , MICROSOFT, LOCKHEED, SHELL MC DONALD dan BRITISH AIRWAYS. Dengan gabungan minda rakan – rakan pengurusan, maka syarikat gergasi ini telah melakarkan satu bentuk perubahan dengan mengunakan peta minda dan membuat satu tindakan drastik terhadap perlaksanaan yang memakan masa hanya 4 tahun untuk perubahan daripada 7 tahun sebelumnya.
Dalam ringkasan ini, penulis akan membantu dan menjurus kearah perubahan dan memudahcara serta pembangunan produk dan membina pembaharuan bagi memperhalusi pelbagai aspek penerimaan dari segi citarasa, bentuk fizikal dan ketahanan untuk individu yang ingin mengembangkan diri mereka dalam menjayakan perancangan strategik mengikut Hala Tuju masing-masing melalui satu Jangkamasa Perlaksanaan melalui kaedah K.P.I sepertimana yang disebut didalam memperkasakan ekonomi seorang usahawan dibawah bimbingan sesebuah organisasi tersebut.
Dalam perlaksanaan ini, penulis akan merangka beberapa proses untuk keperluan usahawan untuk berubah melalui pembangunan produk itu sendiri dan dibantu oleh para jurumasak professional untuk lebih mantap dan kreatif dalam mengerakan pembangunan produk kearah yang lebih effisien.