Kerabu Ulam Mangga
1 biji Mangga
100 gm Ulam Raja
100 gm Daun Ceylon
½ Biji Bunga Kantan
1 tsp Cuka
1 tsp Gula Halus
1 biji Lada Benggala
1 tsp Serbuk Belacan
1 tblsp Kacang Tanah (Kisar)
Cara membuatnya
1. Petik pucuk ulam tersebut dan satukan dengan ulam-ulaman yang lain.
2. Basuh sedikit dan rendam dalam air batu untuk merangupkan ulam tersebut.
3. Sagat mangga pada ketebalan 1 mm, masukkan mangga tersebut kedalam ulam tadi
4. Kemudian masukkan kesemua bahan –bahan yang lain dan gaul hingga rata.
Air Pegaga Pandan.
200 gm Daun Pegaga
1 helai Daun Pandan
30 gm Gula Batu
250 gm Air
Cara Membuatnya
1. Basuh daun pegaga bersama tangkainya.
2. Kemudian kisar hingga lumat daun pegaga berkenaan bersama –sama dengan air.
3. Perah dalam periuk atau cerek untuk dipanaskan.
4. Masak air itu dengan api yang perlahan, kemudian masukkan daun pandan dan gula batu.
5. Setelah siap, tapis air pegaga dan sajikan dengan sedikit air batu untuk kesegarannya.
Perca Ulam
300 gm Pucuk pelbagai Ulam
½ biji Bunga Kantan
1 tsp Lada Hitam
1 tsp Perahan Lemon
1 btg Cili Merah (dibuang Biji)
1 tblsp Gula Halus
10 Helai Daun Salad/Kadok
Cara Membuatnya
1. Cincang Hiris Ulam-Ulaman, masukan dalam satu bekas .
2. Kemudian Masukan kesemua bahan yang tertera diatas kecuali daun salad.
3. Lentangkan daun salad, sapukan sos pudina kemudian masukkan perca ulam keatas sos pudina tadi, kemudian gulung atau lipat bungkus mengikut kesesuaian masing-masing.
Sos Daun Pudina
200 gm Daun Pudina
20 gm Daun Saderi
10 gm Rempah Kari
30 gm Kelapa Parut
1 tsp Stok Ayam
1 tblsp Cuka
100 gm Air
Cara Membuatnya.
1. Petik daun pudina dan daun saderi, kumpul setempat.
2. Masukkan rempah kari,kelapa parut, stok Ayam dan cuka.
3. Kisar hingga lumat dan tapis hingga air dalam tapisan itu kering.
4. Sajikan dengan nasi beryani atau sajian berbentuk kambing.