Friday, July 31, 2009
Dari Dapur hingga ke Mulut
Setiap Individu memerlukan pembaharuan baik dari segi pembangunan maupun pencapaian. Untuk mencapai sesuatu pembangunan yang mantap idea dan cetusan minda, seseorang individu hanya akan menyumbang sebanyak 7% sahaja. Tetapi jika di gabungkan dengan berpasukan, maka ianya akan menjadi lebih mantap dan dapat memberi sumbangan lebih dari 70% dari apa yang dihajati. Perkara sebegini telah dilakukan oleh pelbagai agensi-agensi dan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti BOEING , MICROSOFT, LOCKHEED, SHELL MC DONALD dan BRITISH AIRWAYS. Dengan gabungan minda rakan – rakan pengurusan, maka syarikat gergasi ini telah melakarkan satu bentuk perubahan dengan mengunakan peta minda dan membuat satu tindakan drastik terhadap perlaksanaan yang memakan masa hanya 4 tahun untuk perubahan daripada 7 tahun sebelumnya.
Dalam ringkasan ini, penulis akan membantu dan menjurus kearah perubahan dan memudahcara serta pembangunan produk dan membina pembaharuan bagi memperhalusi pelbagai aspek penerimaan dari segi citarasa, bentuk fizikal dan ketahanan untuk individu yang ingin mengembangkan diri mereka dalam menjayakan perancangan strategik mengikut Hala Tuju masing-masing melalui satu Jangkamasa Perlaksanaan melalui kaedah K.P.I sepertimana yang disebut didalam memperkasakan ekonomi seorang usahawan dibawah bimbingan sesebuah organisasi tersebut.
Dalam perlaksanaan ini, penulis akan merangka beberapa proses untuk keperluan usahawan untuk berubah melalui pembangunan produk itu sendiri dan dibantu oleh para jurumasak professional untuk lebih mantap dan kreatif dalam mengerakan pembangunan produk kearah yang lebih effisien.