Rambutan Jelly Candy FAMA
Bahan-bahannya
1 tsp Serbuk Pectin
50gm Serbuk gelatine
½cwn gula
10biji isi rambutan
¼ biji Jus lemon
¼ tsp perisa mint
¼ cwn air
Cara membuatnya
1. Satukan serbuk gelatine, pectin dan gula dalam satu bekas yang berasingan
2. Kemudian panaskan air dan buah isi rambutan dalam api yang sederhana sehingga air itu tahap didih.
3. Kemudian masukkan perisa mint dan gaul hingga rata.
4. Tutup api dan masukkan gabungan serbuk gelatine,pectin dan gula gaul hingga bahan itu larut.
5. Kemudian Alaskan Loyang dengan parchment paper dan tuang adunan tadi kedalam Loyang tersebut. Rehat seketika dan masukkan kedalam tempat sejuk.
6. Setelah adunan itu kering. Gunakan pencetak mengikut kesesuaian dan citarasa. Cetak dan gaul diatas serbuk gula dan rehat seketika.
Ice cream Nangka FAMA
Bahan-bahannya
5 ulas Nangka
60gm Gula perang
3 biji kuning telur
1 tsp Gelatin Sayur
½ cwn susu
1 tsp tepung Kastard
1 cwn krim putar
1 tsp perisa pandan
Cara membuatnya
1. Panaskan Susu (jangan sampai mendidih) Kemudian Masukkan gula,telur kuning dan perisa pandan,gelatine, tepung kastard dan gaul hingga pekat
2. Masukkan dalam Bekas bersama krim putar dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan dalam bekas dan bekukan dalam suhu -18°C selama 30 minit
4. Setelah siap keluarkan dari petisejuk dan gaul sedikit hingga ais itu sebati.
5. Setelah gaul masukkan sekali lagi sehingga adunan itu beku.
FAMA Mango Cheese tart
Cheese filling
250gm cream cheese, suhu bilik
80 g sugar halus
3 biji Telur gred A
2 tsp vanilla extract
1 ½ tblsp cornstarch
100 g Mango
1 tblsp Lemon juice
Untuk Kulit
125g Margerin
65g Gula Halus
1 Kuning telur
250g Tepung Serbaguna
1 tbsp Air Sejuk
½ tsp vanilla essence
Cara membuatnya
1. Satukan krim cheese, gula dan pukul hingga kembang, sementara adunan itu dipukul
masukkan sedikit demi sedikit jus lemon dan esen vanilla.
2. Kemudian masukan telur sebiji dan pukul hingga kembang dan masukkan hingga
seterusnya.
3. Setelah adunan itu kembang, masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
4. Tuang dalam Loyang pembakar dan tuang disekitar Loyang berkenaan air panas didih
dan bakar sehingga bahagian atas kek berkenaan itu berwarna keperang-perangan.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit
Utk Doh
Satukan margerin, gula dan esen vanila.
Masukkan telur kuning dan air gaul; hingga sebati
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
Bungkus denganplastik dan masukkan kedalam peti sejuk selama ½ jam.
Giling doh berkenaan cetak mengikut keperluan dan masukkan ke dalam acuan tart dan bakar dengan suhu 180 darjah hingga kering.
No comments:
Post a Comment
name:
email: