ada yang menyatakan bahawa untuk menyiapkan kek buah kita perlu basuh dulu tepung berkenaan, dan ada pula yang menyatakan bahawa tepung kek mestilah kering semasa pembuatan kek ini, adalah pula yang menyatakan buah yang digunakan mestilah di keringkan dalam ketuhar supaya buah ini ringan bila di bakar untuk mengelakkan dari mendak ke bawah....dan macam-macam lagi alasan yang diberikan untuk memasak kek buah.
sebenarnya dalam pembuatan kek buah adalah penting untuk kita mengetahui mengenai elemen-elemen fizikal kek tersebut dan aspek chemistry pengunaan bahan-bahan tersebut. contoh nya jika kek buah itu terlalu kering, masalah yang pertama adalah mengenai penglibatan marjerin dan gulanya. Teknik pertama jika inginkan kek itu lembap, gula itu mestilah dimasak terlebih dahulu hingga perang(jangan terlalu perang nanti kek itu akan berbuih kekeringan) dan dimasukan sewaktu adunan tepung dilakukan. Teknik kedua, jika kek yang disediakan itu telah masak, siram dengan air madu sekiranya tidak mengunakan karamel.
untuk menaikan buah dalam manyediakan kek buah, pada dasarnya ramai yang menyatakan supaya buah itu di keringkan dahulu, ya betul tetapi pengeringan janganlah sampai buah itu terlalu kering hingga hilang jus atau kelembapan didalamnya. untuk menaikkan buah tersebut, kesemua buah itu perlu digaul dengan baking soda dan kemudiannya dengan sedikit tepung, proses ini dinamakan bubble tag. dimana soda yang dipermukaan buah itu akan bertindak balas menjadi gas ringan yang akan menolak buah tersebut dari mendak ke bawah ketika proses pengadunan hinggalah ke pembakaran. oleh yang demikian fakta yang diberikan oleh orang yang lebih pengalaman boleh diguna pakai cuma pengunaan soda tidak dinyatakan sewaktu huraian resipi dibuat.
banyak lagi perkara yang boleh dikongsi bersama, jika ada pertanyaan sila comment dibawah atau hubungi saya......
sekian selamat mencuba.